Percutian famili

Hujung tahun selalunya menjadi pilihan untuk ibu bapa bercuti panjang membawa keluarga berjalan-jalan. Percaya atau tidak ini termasuk juga dengan ibu bapa yang anaknya belum bersekolah pun!. Lucu bukan. Tapi ia terjadi. Justeru, tanpa mengira status, asalkan anda mempunyai anak yang belum dewasa, La Mamma berkongsi kepada anda TIPS untuk anda menikmati percutian mendamaikan bersama anak kecil.

#1 Packing Awal

Lazimnya anda dan pasangan telah mempunyai satu tarikh tetap untuk berangkat memulakan percutian. Tambah-tambah lagi jika menaiki kapal terbang, atau keretapi atau bas. Tarikh dan tiket perlu ditempah awal. Jadi, gunakan kesempatan itu untuk bersedia lebih awal. Persedian minit terakhir bersama barang anak-anak bukanlah perkara yang bagus.

 

Asingkan siap-siap baju dan peralatan yang akan di bawa. Ini termasuklah set permainan yang anak anda akan gunakan. Ini termasuklah barang khas yang jarang-jarang digunakan seperti baju renang (jika berkenaan), pelampung (jika berkenaan), set permainan pasir, kasut atau selipar, topi dan lain-lain yang seumpama dengannya.

 

Barang lain yang boleh dikemas awal adalah lampin pakai buang. Jangan takut untuk bawa lebih. Jika anda rasa lampin pakai buang memenuhkan ruang bagasi anda, fikir semula. Kerana ruang ini akan menyusut. Secara automatik anda akan punya ruang yang luas untuk mengisi barangan cenderamata yang anda bakal beli nanti. Ting!.

 

#2 Rancang Lokasi Lawatan Awal.

 

Anda boleh buat carian awal menggunakan enjin carian google. Senaraikan yang bersesuain dengan ahli keluarga anda. Ada tempat yang tidak sesuai untuk bayi atau pun anak kecil. Atau pun untuk ibu hamil. Seterusnya, periksa sama ada lokasi lawatan tersebut boleh membeli tiket secara online. Ini lebih memudahkan terutamanya kawasan tumpuan yang memerlukan anda beratur untuk membeli tiket. Cuba bayangkan ibu mengandung beratur untuk masuk ke tempat menarik selama 1 jam!. Menarik pun jadi tak menarik.

 

#3 Jangan Lupa Ubat-Ubatan

Sangat penting membawa ubat-ubatan yang asas. Bukan sahaja untuk anak-anak kecil tapi juga untuk diri anda sendiri. Contohnya ubat tahan sakit paracetamol, ubat cirit birit dan juga termometer. Untuk bayi, minyak-minyak atau pun losyen sepatutnya sudah termasuk dalam senarai barang toileteries. Bersedia awal untuk hadapi kemungkinan.

 

#4 Jaga Kesihatan

Pastikan diri anda sebagai ibu dalam keluarga berada pada tahap paling optimum. Bercuti dalam keadaan demam dan letih sesuatu yang sangat menyedihkan. Jadi, paling utama jaga kesihatan sebelum bercuti. Amalkan pemakanan sihat, cuba supplemen jika sesuai dan doa. Begitu juga untuk ahli keluarga anda yang lain.

 

#5 Bawa Permainan Anak

Perjalanan yang panjang amat membosankan untuk anak-anak yang aktif. Jadi, selitkan dalam handbag atau backpack anda permainan yang ringkas. Tak perlu yang berbunyi atau terlalu kecil hingga susah nak kemas. Jika tiada bajet untuk permainan baru, memadai anda gunakan helah ini. Simpankan atau sorok permainan anak anda beberapa tempoh contohnya sebulan sebelum berangkat. Bila anda keluarkan pada hari perjalanan nanti, anak anda sangat menghargai permainan itu. Cubalah!.

 

Itulah dia sedikit sebanyak TIPS persediaan sebelum bercuti panjang bersama anak-anak kecil. Di harap ia membantu anda.

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!