panduan nama bayi

” Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka indahkanlah nama kamu itu”.

[HR Abu Daud]

 

Perkara yang di nanti-nanti selepas kelahiran bayi adalah nama mereka.  Ada ibu bapa yang telah siap-siap pilih nama untuk anak mereka. Ada juga yang sampai ke tarikh paling akhir untuk mendaftar nama anak di Jabatan Pendaftaran Negara pun belum lagi ada keputusannya.

 

Islam sangat menitik beratkan kualiti umatnya.  Tidak terkecuali dalam hal keadaan nama yang akan dipanggil sepanjang hidup dan matinya nanti,  Hukum memberi nama yang baik-baik kepada anak adalah SUNAT. Ibu bapa hendaklah berhati-hati dalam memberikan nama kepada anak masing-masing. Pilihla nama yang mengandungi sifat baik dan harapan orang tua. Moga-moga sifat tersebut mengiringi anak itu nanti.

 

La Mamma berkongsi panduan semasa memberikan nama kepada bayi anda

 

WAKTU MEMBERIKAN NAMA

 

Para ulamak fiqah berpendapat, waktu sunnah memberi nama kepada bayi yang baru dilahirkan adalah pada hari kelahiran, tiga hari selepas dilahirkan atau sehingga perlaksanaan akikah,  Di mana waktu sunnah melakukan akikah adalah pada hari ketujuh kelahiran.  Ada pun mengikut Jabatan Pendaftaran Negara, waktu yang diberi untuk mendaftarkan nama anak adalah sehingga 60 hari kelahiran.  Selepasa daripada itu akan dikenakan denda lewat pendaftaran kelahiran.

 

PEMILIHAN NAMA YANG UTAMA

 

Pilihlah nama yang baik. Bukan dari nama yang ertinya buruk. Antara nama yang tidak dibenarkan dalam Islam adalah,

  • nama yang mengabdi selain daripada Allah sepertu Abdul Uzza, Abdul Ka’bah.
  • Nama makruh yang perlu dihindari adalah Yasar, Rabah, Najah, Aflah, Barakah.
  • Nama malaikat
  • Nama berdasarkan surah al-quran seperti Thaha, Yassin dan lain-lain, Imam Malik mengatakan ia adalah makruh untuk nama anak-anak
  • Nama mengikut nama Allah seperti Ahad, Ar-Razak dan lain-lain.

 

DOA KETIKA MEMBERI NAMA ANAK.

 

Disunatkan berdoa ketika memberikan nama anak.

Ertinya:

“Ya Allah, jadikanlah nama ini berkat baginya, dan jadikanlah taat kepada Engkau pekerjaannya dan barang yang Engkau redhai menjadi cita-citanya. Menuntut ilmu- Mu menjadi perjuangannya dan akhirilah hidupnya dengan amalan soleh. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu. Jadikanlah badannya dalam keadaan sihat afiat serla sejahtera. Ya Allah, jadikanlah dia pemimpin di waktu besarnya dan tetapkanlah imannya seperti iman para Nabi-Nabi Mu hingga ke hari kiamat. Ya Allah berilah rezeki yang halal lagi baik. Dan dekatkanlah dia dengan perkara-perkara yang baik dan jauhkanlah dia dari perkara-perkara yang buruk lagi jahat dengan kemurahanMu wahai Yang Maha Pemurah lagi Mengasihani. ”

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!