breast mastitis

Cabaran perjalanan penyusuan bermula sebaik sahaja apabila bayi yang dikandung sudah dilahirkan.  Ia adalah perkara benar-benar yang ibu perlu praktikkan, bukan lagi teori seperti yang anda dengar semasa kursus atau pun anda lihat rakan atau saudara anda menyusukan bayi mereka.

Di awal tempoh penyusuan, saat penting.  Antara yang menjadi kerunsingan adalah bengkak susu.  Tanda ibu bengkak susu adalah payudara rasa membesar, keras dan terasa sakit apabila disentuh.  Jika berlarutan boleh menyebabkan demam dan seram sejuk.  Jika cara menyusu tidak betul, puting susu mudah untuk melecet dan sakit.

Apabila terasa ketulan yang tidak mahu hilang, adalah waktu untuk ibu pergi ke hospital.  Bukan lagi waktu untuk mengurut dan sebagainya.

 

Apabila ibu bengkak susu, apa yang ibu perlu lakukan?.

 

TUAM PAYUDARA

Ibu boleh tuam payudara menggunakan kain dan air panas. Buat urutan perlahan-lahan sekitar payudara. Boleh juga gunakan pek air panas atau tungku air panas.  Jika mahu mandi di bawah pancuran air suam pun boleh.  Cara ini dapat melancarkan pengeluaran air susu yang tersumbat.  Ada juga petua untuk mengurangkan bengkak dengan menggunakan daun kobis.  Daun kobis dilekapkan dipayudara.  Ulang selalu sehingga payudara lega.

 

URUT PAYUDARA

Terasa sakit?.  Tapi jangan terlalu cepat mengalah.  Ibu boleh gunakan jari untuk mengurut sekitar payudara, terutama ketika menyusu bayi atau mengepam susu.  Ada petua mengatakan urut menggunakan sikat.  Terpulang pada ibu.  Caranya masih sama iaitu, mengurut dari luar ke arah puting payudara.

 

KOSONGKAN PAYUDARA

Jangan biarkan susu anda penuh terlalu lama. Kosongkan payudara dengan cara mengepam susu. Apabila payudara anda semakin penuh susu, anda akan rasa lebih sakit.  Susukan bayi atau pam dengan sela masa yang konsisten.

 

AMBIL UBAT TAHAN SAKIT

Beritahu jururawat atau doktor yang memantau keadaan anda.  Ambil ubat tahan sakit dengan nasihat doktor. Jangan tahan jika ia terlalu sakit.  Perlu juga diingatkan, walau pun berpantang secara tradisional, jangan lupa ada perubatan moden untuk membantu anda.

 

Anda perlu bertindak dengan cepat kerana dikhuatiri payudara yang bengkak dan luka mengundang jangkitan dan bernanah.  Seandainya sudah bernanah, atau dikenali sebagai ‘breast mastitis’.  Jika terlalu kritikal, ibu mungkin akan dibedah untuk mengeluarkan nanah.

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!