Ibu Berpantang Nak Bentukkan Semula Badan Tak?

rempah bertangas

Penghujung kehamilan memang waktu yang dirasakan sangat sibuk. Badan sudah berat. Kaki sudah tidak larat, tapi a’la kulli hal, jiwa tetap semangat. Senarai persediaan panjang lebar. Tapi banyak kali terhenti pada set bersalin. Mahu pilih set penuh atau beli satu-satu. Ramai pula yang nasihatkan, tak perlu beli satu set, sebab nanti ada yang terbazir. Dalam dilema sungguh. (more…)

Jamu Ibu Bersalin : Air kunyit

Kunyit. Bunyi macam herba biasa kita dapati di dapur. Kunyit bukan sahaja bahan biasa di Malaysia, tapi juga di Indonesia, Australia bahkan Afrika. Walau pun sering digunakan sebagai bahan biasa dalam masakan sama ada sebagai pewarna, dan perasa, kunyit mempunyai seribu satu rahsia dari segi perubatan. Terutama sekali untuk wanita. Khasnya yang sudah bersalin. (more…)

7 Perkara Berkaitan Amalan Bertangas

Amalan bertangas popular untuk ibu berpantang. Namun, boleh dikatakan ia hanya popular pada nama tapi bukan amalan. Sudah ramai yang melupakan amalan bertangas dek kerana memikirkan kelecehannya dan melupakan manfaat bertangas.  La Mamma ingin berkongsi fakta yang anda perlu tahu berkenaan amalan bertangas. (more…)

Resepi Ibu Berpantang: Nasi Daun Lemuni

 

resepi berpantang

Daun lemuni atau nama saintifiknya Vitex trifolia merupakan sejenis tanaman herba yang mempunyai nilai perubatan yang bagus untuk ibu selepas bersalin. Antaranya bahagian daun yang yang direndam dan dijadikan mandian dikatakan mampu memulihkan anggota badan lemah manakala bahagian akar yang direbus dipercayai baik untuk ibu baru lepas bersalin. (more…)

Tips Banyakkan Susu Ibu Dengan Kerabu Pucuk Betik

Kerabu betik milkbooster

Masa kini, bukan lagi seperti zaman dahulu. Sebut sahaja susu sikit, berderet iklan produk menambah susu ibu. Atau bahasa moden yang meniti di bibir ibu-ibu sekarang, MILKBOOSTER!.

 

Kalau dulu, manakan nak dapat di kedai bahan penambah susu. Kalau di kedai, susu formula yang berlambak. Tapi jangan kata orang dulu tak berusaha nak banyakkan susu ibu tau. Mereka kebanyakannya bermula dengan ramuan dari dalam dapur. (more…)

Kenapa makan herba dan jamu masa pantang?

herba berpantang

Eh, wajib ke makan herba dan jamu masa pantang?.

 

Soalan di atas, suatu masa dulu tak pernah timbul. Ibu-ibu berpantang dengan jamu dan herba pada zaman dahulu memang tak dapat dipisahkan.  Masuk saja rumah ibu baru bersalin akan ada bau yang sama. Aromaterapi herba. (more…)