GDM

 

GDM?. Pertama kali dengar waktu hamil terasa pelik.  Bila hamil sememangnya banyak terma perubatan yang ibu akan belajar.  Hb, MGTT, kali ini GDM. Apa itu GDM?.

 

GDM bermaksud  Gestational Diabetes Mellitus (GDM).  Bila tahu ia ada kaitan dengan diabetis, anda mesti terus teringat kencing manis.  Ya, betul.  Tetapi sewaktu hamil.  Ibu ada kemungkinan tidak menghidap kencing manis sebelum hamil atau selepas hamil.  Atau, ibu sememangnya menghidap kencing manis sebelum hamil tetapi tidak pernah membuat pemeriksaan.  Biasanya, ibu yang diabetis sebelum hamil, dan menghadapi GDM semasa hamil, ibu ini akan pulih dari diabetis selepas bersalin, tetapi berkemungkinan besar menghadapi diabetis pada masa akan datang.  Ada juga kes ibu yang pernah menghidapi GDM, kemudian hamil lagi pada usia lanjut beserta GDM, ibu tersebut terus menghidapi diabetis dan perlu makan ubat sehingga tua.

 

Berdasarkan kes-kes yang terjadi, GDM merupakan perkara kritikal yang perlu diambil berat oleh ibu sama ada belum pernah menghidapinya, pernah menghidapinya atau sudah bebas dari GDM sebab sudah bersalin.

 

KESAN GDM PADA KANDUNGAN DAN PADA IBU.

 

Ibu masih boleh meneruskan kehamilan.  Ada ibu yang tidak mengalami apa-apa masalah sepanjang hamil dan masih boleh melahirkan bayi yang comel.  Namun ada juga segelintir ibu yang tidak dapat mengawal paras gula dalam darah, menjejaskan kandungannya.  Bayi berkemungkinan terlebih besar dari sepatutnya menyebabkan peratusan untuk ibu melahirkan kandungan secara pembedahan meningkat.

 

Bayi yang bertindakbalas terhadap paras glukosa yang tinggi pada ibu cenderung menghasilkan insulin yang tinggi untuk tubuhnya sendiri.  Apabila ia lahir, bayi tadi akan menghadapi masalah paras gula yang rendah.  Maka, bayi anda akan dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemantauan.  Lebih menyedihkan, bayi tadi menghadapi risiko menghadapi diabetis apabila dewas nanti.

 

Ibu yang menghidapi GDM juga mempunyai risiko bayi mati mengejut semasa dalam kandungan.  Jadi, betapa bahayanya masalah dengan GDM ketika hamil.

 

BAGAIMANA DOKTOR MENGETAHUI ANDA MEMPUNYAI GDM?

 

Ujian Toleransi Glukosa akan dijalankan kepada semua ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas.  Ujian ini akan diljalankan sebanyak 2 kali iaitu pada minggu ke 24 dan 28 minggu.  Sekiranya anda telah disahkan mempunyai GDM, paras gula anda akan dipantau mengkikut keperluan dan atas nasihat doktor. Paras gula anda perlu dikawal dengan ketat.  Sekiranya perlu, doktor akan menasihati anda untuk menyuntik insulin di rumah secara berkala untuk mengawal gula dalam darah.

 

ADAKAH SAYA BERISIKO UNTUK MENGHIDAPI GDM?

 

Anda berkemungkinan besar menghidapi GDM jika anda mempunyai kriteria berikut:Indeks Jisim Badan (BMI) adalah 30 ataupun lebih

    • Sejarah melahirkan bayi besar, melebihi 4 kg ataupun lebih
    • Sejarah hamil dengan GDM
    • Faktor keturunan
    • BMI anda 30 atau lebih

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH ELAKKAN GDM?.

 

  • Rancang kandungan anda
  • Buat pemeriksaan kesihatan terperinci
  • Pastikan keadaan kesihatan anda pada tahap optimum terutama paras gula
  • Dapatkan berat badan ideal sebelum hamil
  • Amalkan pemakanan yang sihat
  • Lazimi senaman supaya anda boleh terus bersenam sewaktu hamil

Kredit:

  1. http://www.mmgazette.com/diabetes-ketika-hamil-punca-kesannya-dr-muhammad-izzat/
  2. Babycentre

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!