senaman ibu hamil

 

Ada orang kata, masa hamil adalah masa untuk makan apa saja. Gemuk pun tidak ada halnya. Tiada orang marah. Ada juga orang kata,  “makan lebih sikit. Awak tu makan untuk berdua”.

Soalnya. BETUL atau TIDAK?.

Masuk pula bab bersenam semasa hamil. Ada pula yang buat muka terkejut.  “Mana boleh, bahaya untuk kesihatan kandungan. Kalau keguguran macam mana?”

 

Sebenarnya, mahukah anda tahu, sebenarnya makan dengan betul dan bersenam semasa hamil sebenarnya keperluan yang sama penting dengan menjaga kandungan.  Tidak terkecuali juga untuk ibu yang mahu kekal langsing selepas bersalin.  Kuncinya adalah amalan semasa hamil.

 

 

Mengikut Dr Patricia Lim Su Lyn, Perunding Obstetrik dan Ginekologi Hospital Pakar KPJ Tawakal, dalam petikan akhbar Metro, wanita hamil yang mengamalkan tabiat pemakan yang buruk semasa hamil akan mengalami kenaikan berat badan yang melebihi paras ditetapkan.  Lebih menyedihkan kaum ibu adalah lemak yang terkumpul semasa hamil sukar disingkirkan selepas bersalin.

 

Bukan sahaja semata-mata tentang kelangsingan, tapi ibu hamil yang berlebihan berat badan mudah mendapat penyakit kencing manis, darah tinggi, sleep apnea, darah beku dan juga masalah macrosomia pada bayinya.

 

Macrosomia juga dikenali sebagai “big baby syndrome”.   Ibu dengan bayi yang besar meninggikan kadar ibu lahir secara pembedahan di samping masalah kesihatan bayi itu sendiri seperti kadar gula dalam darah yang rendah, masalah pernafasan atau jaundis.

 

Satu lagi fakta yang mengejutkan adalah ibu obes sebelum hamil boleh mengurangkan risiko mengalami masalah kesihatan seperti yang disebut tadi dengan bersenam.  Statistik dari penyelidik University of Granada di Sepanyol menunjukkan wanita obes yang bersenam, kurang mengalami masalah bayi besar berbanding yang tidak bersenam sebanyak 86% .  Ia adalah suatu perbezaan yang sangat ketara bukan!.

 

 

Apa yang lebih menarik lagi, untuk ibu yang sering mengeluh sembelit dan sakit belak

ang ketika hamil. Rupanya, senaman adalah penawar yang paling murah.  Hanya perlukan kerajinan saja.

 

Apa senaman yang sesuai untuk ibu hamil?

 

Bukan semua jenis senaman sesuai untuk ibu hamil. Anda boleh mencuba senaman yang dic

adangkan di bawah ini:-

 

#1  Regangan badan selama 10 minit.  Anda tidak perlu lakukan begitu lama. Cuma perlu lakukan secara berkala.

 

#2  Angkat beban untuk senaman engan, bahu, kaki dan pergelangan kaki.  Hanya perlu lakukan 2 kali seminggu kurang dari 30 minit.  Mesin dengan kawalan berat lebih dicadangkan berbanding mengangkat sebarangan berat untuk mengelakkan kecederaan.

 

#3  Aerobik yang ringan, berenang, brisk walk atau squat.  Tahukah anda terdapat coach untuk aerobic bagi wanita hamil di Malaysia ini?

 

#4  Akhir sekali. Jangan sekali-kali terlebih melakukan senaman.  Andai kata anda bukanlah orang yang kerap bersenam sebelum hamil, semasa hamil bukanlah masa yang sesuai untuk melakukan kejutan kepada badan anda.

 

Pendek kata, senaman penting untuk wanita. Mula sebelum anda hamil dan teruskan walau pun anda berbadan dua. Selamat Berjaya!.

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!