rahsia mas cotek

Pernah dengar mas cotek?.

 

Kalau sebut mas cotek pada orang tua-tua yang rajin amalkan ulam-ulaman, mesti mereka setuju. Mas cotek merupakan herba penting pada zaman dahulu.  Terutamanya untuk ibu yang bakal bersalin dan juga berpantang.  Khasiat mas cotek terletak pada daun, batang dan akar.

 

Mas cotek merupakan herba yang kaya dengan bahan aktif ini

a) Flavonoid
b) Tannins
c) Triterpenoids
d) Proanthocyanins
e) Phenols

Kandungan Kegunaan
Flavonoid Anti-oksida yang kuat, yang mana membantu mengekalkan peredaran darah yang sihat, anti-radang, anti-rival, melindungi hati dan estrogen
Tannins Menegangkan tisu yang kendur, mengeringkan perembesan air yang berlebihan (cirit-birit) dan melindungi tisu rosak seperti exzema atau melecur
Triterpenoids Membuang serta mengeluarkan kahak dan membantu penyerapan nutrien
Phenols Kurang serta menghilangkan bengkak dan anti-septik

 

Apa kaitan dengan wanita?.

 

Khasiantnya khusus untuk wanita, terutamanya untuk wanita yang sudah berkahwin dan sudah bersalin adalah

✔️ Mengurangkan keletihan dan kelesuan badan

✔️ Membantu masalah keputihan

✔️ Melancarkan peredaran haid

✔️ Memperbaiki kerosakan urat saraf

✔️ Mengetatkan saluran peranakan dan merapatkan pintu Rahim bagi wanita selepas bersalin

✔️ Meningkatkan keinginan hubungan suami isteri

✔️ Kandungan flavonoid yang tinggi untuk mempertahankan keayuan dan awet muda

 

Di samping itu, khasiat mas cotek yang lainnya adalah

 

✔️ Membantu mengawal tekanan darah tinggi

✔️ Merawat penyakit pneumonia

✔️ Mampu merawat migraine, resdung, diabetes, gout, batu karang, tekanan darah tinggi/rendah

✔️Mengurangkan tahap kolesterol dalam darah

 

Bagaimana cara menggunakan mas cotek untuk wanita lepas bersalin?

Untuk perubatan, pokok ini berkesan untuk menyembuh dan membetulkan kerosakan urat saraf dengan cara mengeringkan 2-3 helai daunnya (campuran antara pokok jantan dan betina) dan direbus dengan 3 cawan air hingga tinggal secawan. Minum airnya bila suam. Ia juga boleh digunakan untuk mengembalikan rahim kekedudukan asal dan mengecutkan rahim untuk perempuan baru lepas bersalin.

Daun mas cotek juga boleh dimakan segar selepas dipetik dari pokoknya.

 

Mahu cuba mas cotek?.  Lazimnya pokok mas cotek ditemui di Kelantan.  Tapi usah risau buat lawatan ke MARDI atau pameran pokok herba. Mungkin ada di sana.  Ada juga mas cotek yang sudah dikomersilkan dan dibungkus sebagai minuman herba.

 

Untuk ibu lepas bersalin, dan selepas berpantang.  Jika mahu pilih suplemen berpantang cuba pilih yang sudah siap dengan mas cotek di dalamnya. Mudah bukan?.

 

Kredit:

http://herbapedia.blogspot.my/

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Emas_Cotek

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!