Ibu menyusu memang kerap terasa lapar dan dahaga.  Mahukan sesuatu yang hebat dan membuat anda termimpi-mimpikan rasanya?. Anda patut cuba resepi milkshake ini.  Ia bukan sahaja sedap, malah ia merupakan minuman yang merangsang pengeluaran susu ibu.  Senang cerita ia adalah ‘milkbooster’.  Jom ikuti cara membuatnya.

 

Bahan-bahan

 

  • Sebiji pisang yang dibekukan semalaman.
  • ¼ cawan oat segera
  • 2 sudu besar mentega kacang
  • 1 sudu besar flax seed (boleh dibeli dibahagian makanan organik)
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • ¾ cawan susu segar
  • 2 cawan ais

 

Cara-caranya

 

  1. Masukkan dulu oat segera ke dalam pengisar. Dan kisar sedikit. Tidak perlu terlalu hancur.
  2. Masukkan bahan yang selebihnya dan kisar sehingga ais hancur. Pastikan anda menggunakan pengisar yang sesuai untuk membuat ‘ice blended’.
  3. Tuangkan ke dalam gelas dan hiaskan dengan whipped cream dan serbuk koko.
  4. Siap untuk dinikmati segera oleh ibu yang menyusu.

 

Bagaimana milkshake ini membantu ibu menyusu?.

Oat dan flax seed merupakan bahan yang merangsang penghasilan susu ibu. Manakala mentega kacang pula membekalkan protein memberikan kesan kenyang pada ibu menyusu.

 

Selamat mencuba!.

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!