Hb low dan anemia

 

“Eh, kenapa makin turun pulak Hb ni. Dah sampai 9.7 dah ni. Risaunya. Nurse asyik bising je”.

Dalam masa menunggu giliran ambil ubat di kaunter farmasi, sempat lagi Cik Yah menuju ke mesin air layan diri dan membeli satu tin nescaffe pengubat mengantuk.

 

Biasa dengar ibu mengandung yang tahap haemoglobin (Hb) rendah.  Sudah dibekalkan suplemen obimin, zincofer tapi Hb tidak juga meningkat.  Sebelum menyalahkan segala macam makanan tambahan mahu pun ubatan cuba periksa dulu apa yang anda makan dan minum.  AWAS. Pemilihan makanan dan minum yang salah serta cara pemakanan yang salah mungkin penyebab Hb anda tidak meroket.  Malah terus menjunam.

 

Baca dan amal TIPS yang La Mamma kongsikan untuk anda:

 

CARA PENGAMBILAN UBAT / SUPPLEMEN

Amalkan mengambil suplemen atau makanan tambahan semasa perut kosong.  Minum bersama jus atau air kosong.  Jus yang digalakkan seperti jus oren, jus mangga, air limau dan seumpamanya.  Jangan pula minum teh limau pula ya.

ELAKKAN MAKANAN YANG MENGGANGU PENYERAPAN ZAT BESI

Makanan yang menggangu penyerapan zat besi seperti berikut.

Minuman dan makanan berkaffein seperti teh, kopi, nescaffe, teh hijau, coklat, susu, dan makanan bersumberkan tenusu. Elakkan mengambil bersama-sama dan lebih elok lagi terus elakkan pengambilannya.  Makanan dan minum ini mengganggu penyerapan zat besi ke tubuh anda.  Apabila zat besi tidak dapat diserap sudah tentulah sel darah merah tidak terhasil dengan elok.

 

Makanan yang mempunyai bahan pengawet yang tinggi seperti jeruk, mee segera dan cekedis perlu dielakkan sama sekali.

 

BERDOA PADA-NYA

 

Setiap apa yang berlaku adalah dengan izin-Nya. Jadi jangan lupa untuk mengadu dan meminta pada Allah.  Doa, usaha dan tawakal.

 

Nota: Baca berkenaan suntikan untuk menaikkan Hb di sini

 

Semoga ibu hamil semua berjaya mengharungi fasa kehamilan yang indah ini dengan hati yang tenang dan gembira.

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!