inverted nipple dan flat nipple

Lumrah untuk berjaya pasti ada cabaran.  Bukan sahaja dalam kehidupan, malah dalam menjayakan misi ibu menyusu.  Antara permasalahan yang merunsingkan ibu adalah puting payudara yang tenggelam atau leper.  Masalah mula timbul apabila ibu dan bayi masing-masing tidak selesa untuk memberi susu dan menyusu.  Dengan ilmu, masalah ini boleh di atasi.

“Saya tak dapat menyusukan bayi saya. Saya tak sangka rupanya puting saya bermasalah untuk menyusukannya.  Saya hanya tahu apabila telah melahirkan”

 

SEBELUM MELAHIRKAN

Sebolehnya ibu perlu gali ilmu sebanyak mungkin tentang penyusuan sepanjang hamil.  Bukan sahaja untuk ibu kali pertama mengandung, malah tidak salah ibu yang sudah acapkali melahirkan dan menyusukan bayi menambah ilmu terkini.  Setiap anak, masalahnya mungkin berlainan.

 

Jika dahulu, jarang sekali jururawat klinik ibu dan anak memeriksa keadaan payudara ibu sewaktu pemeriksaan bulanan.  Namun sekarang, kesedaran yang lebih meluas membuatkan salah satu kriteria yang akan di periksa semasa pemeriksaan bulanan ibu mengandung di klinik kerajaan adalah keadaan payudara dan kebolehpastiaan ibu untuk menyusukan bayi.  Sekiranya ada masalah, ibu boleh juga utarakan pada waktu ini.  Lazimnya klinik dan hospital mempunyai kauselor laktasi yang boleh dihubungi.

 

CARA KENAL PASTI

 

Ada Teknik untuk mengenal pasti keadaan puting payudara ibu.  Lakukan ‘pinch test’ sendiri.  Hanya perlu memicit lembut kawasan aerola (bahagian gelap) jauh sedikit dari puting. Sila rujuk gambarajah.  Apabila di picit, sepatutnya bahagian puting akan tertonjol keluar.  Namun, jika bahagian puting ibu kekal tidak tertonjol atau pun tertarik ke dalam, ini bermaksud ibu mempunyai puting payudara leper atau tenggelam.  Seterusnya, ibu tidak perlu panik.  Ibu masih mempunyai masa untuk meneruskan perjalanan penyusuan ibu.

 

 

Macam mana saya nak menyusukan bayi saya?

 

#1

Ibu perlu sedar dan menerima keadaan payudara ibu.  Kemudian ibu tetapkan azam bahawa ibu boleh menyusu.  Kesedaran hakiki dan pemikirian positif sangat membantu proses seterusnya

 

#2

Ibu perlu tahu bahawa bayi tidak menyusu dengan melekap pada puting, tapi pada bahagian aerola (bahagian gelap payudara).  Jadi selagi anda punyai aerola, bermaksud anda boleh mengeluarkan susu dan menyusu.  Hanya perlu tahu cara lekapan yang tepat.  Pada keadaan ini, kaunselor laktasi atau jururawat yang arif sangat membantu.

 

#3

Ketahui proses pengeluaran dan masa badan ibu mengeluarkan susu.  Ibu kena titipkan dalam ingatan, susukan bayi sebelum payudara menjadi bengkak.  Jika mahu, boleh gunakan pam payudara untuk mengepam susu.

 

#4

Kini terdapat pelbagai alat bantuan dan teknik yang telah difikirkan oleh cerdik pandai. Ibu mempunyai beberapa pilihan yang boleh dicuba dan pilih mana yang sesuai untuk ibu.  Teknik ini diceritakan di bawah.  Namun, interaksi dengan kauselor laktasi masih lagi diperlukan supaya ibu dapat gambaran yang lebih jelas.

 

BANTUAN UNTUK IBU

 

#1 Breast Shield

 

Breast Shell paling bagus digunakan seawal trimester ketiga kehamilan.  Penggunaan breast shell memberikan tekanan kepada payudara untuk merangsang tisu menonjolkan puting payudara.  Pakaikan breast shell Bersama bra beberapa jam setiap hari sehingga anda melahirkan.  Ibu boleh tinggalkan penggunaan breast shell apabila ibu sudah selesa dengan puting susu dan sudah boleh menyusukan bayi nanti.

 

Baca lagi tentang Breast Shield di sini

 

#2 Nipple shield

 

Nipple shield pula membantu ibu menyusukan bayi dan dipakai semasa menyusu.  Nipple shield perlu dipakai dengan cara yang betul supaya ia lebih efektif.  Nipple shield ini juga bukanlah perlu dipakai selama-lamanya.  Nipple shield ini boleh menyebabkan bayi ibu keliru puting jika ia dipakai terlalu lama.

 

#Syringe yang diubahsuai

 

Ada pendekatan yang menggunakan syringe yang diubahsuai.  Hujung muncung syringe dipotong.  Hujung lubang syringe yang lebih besar bukaannya digunakan untuk menarik puting ibu agar tertonjol keluar.  Lakukan dengan hati-hati dan lemah lembut supaya puting tidak tercedera.

 

Itu adalah alternatif yang biasa digunakan untuk menjayakan penyusuan bagi ibu yang mempunyai masalah puting pendek, puting tenggelam atau puting rata.  Apa yang lebih penting dalam perjalanan penyusuan anda adalah ilmu dan kemahuan.  Jika anda mahu, insya Allah segalanya dimudahkan Allah.

 

 

Suka artikel ini? Silakan KOMEN dan SHARE!